Wednesday, August 31, 2005

Merdeka Belog


That isn't a spelling error. It's Malay for Merdeka (National Day) blog. To join in the Malaysia Boleh spirit, I'm going to blog some in Malay (this project is a conspiracy by Malaysian bloggers).

Semalam, saya sedang kemaskan meja makan dan terdengar pula lagu Keranamu Malaysia dinyanyi oleh budak-budak. Dari tv ke nyanyian itu? Bukanlah. Tv tiada dipasang pun. Kemudian saya sedar bahawa budak-budak jiran yang menyanyi. Jiran dibelakang rumah saya ada empat orang anak lelaki. Seronok betul nyanyian mereka.

Lepas tu, saya tanya anak ke3 yang berumur 8 tahun, apakah maknanya Merdeka.

Harijadi kerajaan, katanya.

Ya ta ya jugak kan?

Pada pukul sebelas lebih, budak-budak jiran bersorak Merdeka! Anak ke4 saya yang belum tidur tanya, mengapa mereka kata Merdeka? Tiba-tiba dia berteriak Merdeka pulak! Terkejut saya dibuatnya. Saya kan tengah membelog ni. Kacau konsentrasi sajalah.

Hampir pukul duabelas. Terdengar budak-budak jiran kira, lima, empat, tiga, dua, satu, Merdeka! Merdeka! Merdeka! Terdengar bunyi bunga api dari depan rumah.

Terkejut saya pulak. Budak-budak ni memang patriotiklah. Anak-anak saya semua sedang tidur kecuali yang bongsu tu. Hah, biasanya dia tak tidur lewat sebegini. Agaknya kerana Merdeka menjelang?

Translation

While cleaning up the dining room last night, I heard the song Keranamu Malaysia being sung. Is it from the tv? Nope, the tv wasn't on. Then I realized it was coming from the neighbour's. My neighbour at the back has four boys. They seemed to be having fun.

Later I asked no. 3 who's 8 years old what is the meaning of Merdeka.

The government's birthday, he said.

Isn't that right?

At eleven something, the neighbour's kids shouted Merdeka! No. 4 who was still awake asked, why they say Merdeka? Suddenly she shouted Merdeka too! She startled me. People blogging here, some more she disturb.

It's almost midnight. Suddenly the neighbour's kids counted down, five, four, three, two, one, Merdeka! Merdeka! Merdeka! I hear fireworks exploding from the front of the house.

I was startled. These kids are patriotic. My own kids are fast asleep, with the exception of the youngest. She usually doesn't sleep so late. Maybe it's because of Merdeka Day?

Happy Merdeka.

7 comments:

Kak Teh said...

Lydia, Selamat menyambut Hari Merdeka! Cewah! BOleh tahanlah! Kak Teh pun dah belog dalam bahasa Melayu jugak!

fokd said...

Selamat Berbelog!. Salam Merdeka dari Anak Malaysia di rantauan.

Nazrah Leopolis said...

Wah ,sejuk perut ibu mengandung bila melahirkan anak yang patriotik

Lydia Teh said...

Kak Teh, Terima kasih. Selamat Hari Merdeka.

Sang Kelate, Apa khabar? Salam Merdeka.

Nazrah, Tiada lagi chan untuk saya mengandung anak patriotik lagi, empat sudah memadai.

5xmom.com said...

Oh wow, now only I realised which Lydia is this! Did you just started blogging? It is fun ya? Better than writing for errmm the bintang. *back to add to my links*

bibliobibuli said...

My Malay is getting very good now - lots of practice today!

Happy Merdeka day!

Lydia Teh said...

5xmom, good to see you here. This blogging thingy is too addictivelah n definitely better than errmm, ssshh... I still want to write for them.

biblio/Sharon, Baguslah tu. Practice makes perfect.